Friday, May 2, 2014

KURANGKAN BERAT BADAN BERSAMA SHAKLEE

"aikkk kenapa ko makin slim ni"??
iya ka aunty saya makin slim?
ya tidak sudah ko macam dulu. Mari saya ukur badan ko
--------------------------------------------------------------------
naa kan ni bidang bahu ko dengan pinggang ko ada kurang sudah dari dulu.
waaa saya sayang la aunty kalau aunty puji saya macam ni
iya bah bukan aunty tipu, bagusla bah tu.



Haaaa itu situasi tukang jahit dan pelanggannya, pelanggan ni kembang kempis ja bila kena puji  kena cakap makin SLIM. Weiiii siapa yang tidak gembira juga kan bila kena cakap makin slim. Bukan dia yang mengaku sendiri ni orang lain yang tegur. fuhhhh apa rahsia tu? 

Mahu tahu rahsia kurangkan berat badan dan slim melim gitewww, mestiah dengan Shaklee. Yaaa Shaklee boeh bantu anda yang berminat untuk turunkan berat badan.  Shaklee akan bakar lemak, singkirkan lemak dari badan dan bina otot supaya badan tidak geleber.

Bakar lemak : Omega Guard atau Lecihin.
Singkir Lemak: Herb lax atau Alfalfa
Bina Badan : Cinch meal shake atau ESP





Tapi memang tipulah kalau saya cakap tidak perlu jaga makan, memang kena jaga makan dan senaman. Senaman memang tidak wajib, kalau pandai jaga pengambilan kalori harian masih boleh kurangkan berat badan. Shaklee pula boleh bantu supaya proses penurunan berat badan jadi lebih cepat selain pelihara kesihatan walaupun berdiet. Kalau banyak ambil makanan ringan, minuman manis, nasi berpinggan-pinggan macam mana mahu turunkan berat badan kan??


Cara saya pula untuk turunkan berat badan jaga makan, lakukan senaman dan pengambian vitamin Shaklee memang wajib. Alhamduillah sebulan lebih berdiet bersama Shaklee memang berkesan. Saya masih ambil sarapan, makan nasi dan makan malam. Senaman cuma 2/3 kali seminggu. Sejujurnya memang berbeza dengan cara diet saya dulu. Kalau dulu mesti tolak nasi, seminggu makan nasi beberapa kali sahaja. Hasilnya bila mula makan nasi semula berat badan bertambah naik. Haaa yang ni diet yoyo namanya, kejap naik kejap turun. Tapi sekarang sehari tidak makan nasi boleh pengsan!!!. paling menggembirakan berat makin berkurang walaupun kadang seminggu hanya turun 0.5kg. Tidak kisah yang penting saya dapat turunkan berat badan dengan makan 5 kali sehari lagi. Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Sarapan wajib ambi kalau mahu kurangkan berat badan. Bila diet dengan Shaklee tiada istilah tahan lapar, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang itu lebih baik. Supaya kita boleh kawal pengambilan makanan, bila tahan lapar kita akan makan lebih banyak dari biasa. 

okeyyy la ini dulu perkongsian saya, turunkan berat dengan Shaklee. Sebenarnya saya belum mencapai berat badan yang saya inginkan tapi perubahan sudah nampak hasil usaha yang serius selama sebulan lebih. Saya target saya akan capai target berat yang saya mahu sebelum hari raya tahun ini. Berapa target saya nanti saya kongsi yerrrrr. Doakan saya dapat capai target. Biar berat lambat turun, itu lebih baik dan selamat. Kalau cepat turun confirm cepat juga naik. Ini fakta!!!

Berminat untuk tahu cara saya turunkan berat badan dengan Shaklee?Boleh pm atau contact saya. Saya bersedia bantu anda :)




 Hanima Bte Alidin
SID: 990071
FB: Hanima Bte Alidin
No Telefon/ whatsapp/WeChat : 0143761219

Sebarkan Kasih Sayang,
Hanima Alidin ;)





Wednesday, February 5, 2014

jogging time!!!!!

Assalamualaikum ♥♥

Haiiiii mata ni rasa tidak mengantuk pula, adakah kesan aktiviti saya waktu petang tadi. Mahu study otak ni macam tidak boleh terima sudah.Rest kejap hilangkan kepenatan mata dan otak..heee
Sekarang saya sudah aktiviti baru, memandangkan awal sampai rumah so masa yang terluang jangan disia-siakan...cer teka apa?

Buang tabiat apa, mau orang teka.heee saja buat orang berfikir jap.

Taraaaa....look this picture
kasut pinky saya :)

Hee ni la aktiviti baru saya.Gambar kasut sukan maknanya bersukan lah kan..haii saya sudah mula berjogging semula :)
Baru stat 2 hari, harap-harap konsisten la.Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah !!!
Best sangat best, boleh hilangkan stress. Lupakan sementara masalah berkaitan, lupakan hal kerja. Sambil menikmati keindahan alam..cewahhh..huiii jogging kunun.Semangat bah si kawan ni erkk...
Dulu zaman study di Uum rajin jugak jogging dengan bff saya kak sha , shera atau ngan geng sopan saya kuikuikui lela, leha, pain, farah. Kadang-kadang main basikal round uum...huuuu tiba2 mood rindu pula ngan mereka ni :(
Aihhhh rindunya zaman itu, jogging round track atau masuk gym..heiii boleh percaya ka anim masuk gym. Heee sila percaya yerrr. Zaman study waktu paling indah lagi2 zaman u.

Kenapa tiba-tiba mau jogging ni?hmmm saja isi waktu terluang. Ada misi perlu dicapai. Kehkehkeh In Sha Allah tercapai kena cabar diri sendiri. Misi apa lagi kalau bukan buang lemak tersayang  ni. Kerana merasakan diri sudah makin "comel" jadi kena ada usaha untuk kurang kecomelan ini ;). Lagipun daripada masa terbuang, terperuk dalam bilik better buat sesuatu yang bermanfaat kan.Boleh kenal jiran sekeliling hahhaha padahal jiran kiri kanan cina. ja bah semua, nasib baik auntie sebelah tu baik hati walaupun anjing dia garang macam mahu makan orang huiiii kecut perut kalau lalu rumah auntie ni. 


okey la stop sini la dulu..mata sudah mengantuk jadi saya layan dulu mata ni kesian dia setelah penat tengok banyak nombor waktu siang hari babaiiiii..
assalamuaaikum :)


Tuesday, February 4, 2014

JOMMM BERKENALAN DENGAN ESP (HOT PRODUCT!!!!)

Hebat sangat kah ESP SHAKLEE tu?meh baca dulu, kenal-kenal dengan ESP mana tau boleh jatuh cinta kan... Sebab ESP antara produk yang terlajak laris antara produk-produk shaklee ni :)


Fakta tentang ESP yang perlu anda tahu

  •  Non-Gmo adalah lebih baik kerana produk GMO boleh sebabkan allergy, toxic, risiko
     mendapat kanser
  • Sumber protein soya terbaik
  • Menyediakan 14gram protein soya non-GMO yang berkualiti tinggi dengan semua asidamino yang diperlukan tubuh kita untuk proses sintesis
  • ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol
  • Protein soya mampu mengurangkan kolestrol
  • ESP adalah tanpa perisa untuk memelihara keaslian soya
  • Soya yang digunakan tidak diubahsuai secara genetic (Non-GMO)
  • Dihasilakn dibawah satu program Identity Preservation Program (IPP) yang mana bermula dari proses menanam sehingga pemprosesannya dipantau agar soya bebas daripada pendedahan perubahan genetic.



Kenapa ESP hot?

  • Menjadikan kulit muka lebih cantik, halus gebu dan berseri
  • Menganjalkan payudara yang kendur dan kembalikan kecantikan payudara
  • Memberi tanaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Cepat kenyang dan sesuai untuk bantu mengurangkan berat badan
  • Boleh menghilangkan parut jerawat, parut disebabkan kurang protein. Protein penting untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati
  • Bagi ibu yang menyusukan bayi, ESP bantu menghasilakn susu dengan lebih cepat dan milkbooster yang hebat
  • Bantu hasilakn susu yang lebih pekat dan berkrim, menjadikan bayi lebih cepat kenyang.



Siapa yang perlu?

  1. Individu berkulit wajah kusam
  2. Wajah penuh tompokan bekas jerawat
  3. Rambut selalu gugur
  4. Selalu lemah dan tidak bertenaga
  5. Individu yang ingin menurunkan berat badan
  6. Ibu menyusu

Kesan kurang protein

  • Kurang darah atau oksigen dalam darah
  • Risiko penyakit buah pinggang, hati, kolestrol tinggi, tekanan darah rendah
  • Kandungan gula dalam darah rendah
  • Fungsi saraf tidak stabil
  • Ulser perut dan usus
  • Pengaliran darah tidak lancar
  • Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
  • Individu yang mengalami masalah buah pinggang dan sukar memproses proten

Cara Minum:
Satu sudu makan ESP dicampar air kosong @ air kegemaran. Contohnya dicampur milo, jus dan sebagainya.



Tips Bancuh ESP

  1. Jangan bancuh ESP menggunakan air panas, air berkafein dan air berkarbonat
  2. Tidak boleh mengambil lebih 3 sudu sehari kerana boleh merosakkan ginjal
  3. Perlu digoncang untuk ESP benar-benar larut.


HUBUNGI SAYA JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE DAN KONSULTASI PERCUMA
HANIMA BTE AIDIN
 SID: 990071
 014-3761219
 (SMS, CALL, WHATSAPP, KAKAOTALK, LINE)

GLA COMPLEX SHAKLEE

 
GLA (Gama Linolenik Acid)
  • Sejenis asid lemak omega-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk Prostaglandin iaitu  hormon yang berupaya membantu mengawal proses badan yang normal.
  • Mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memlihara sel dalam badan.
Kebaikan GLA
  • Membantu mengawal kitaran haid
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melegakan symptom pre-haid (PMS)
  • Mengecutkan cyst dalam rahim yang boleh menghalang proses kehamilan
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal hormon
  • Bantu tangani eczema
  • Menguatkan kuku dan rambut
Hasil kajian juga menunjukkan pengambilan GLA secara konsisten boleh mencegah dan mengurangkan masalah kencing manis dengan memperbaiki kadar insulin dan kolestrol

Siapa Perlu?
  1. Pesakit diabetis
  2. Wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur
  3. Pasangan suami isteri yang inginkan zuriat
  4. Pesakit kencing manis
  5. Penghidap arthritis
  6. Wanita yang mengalami PMS- senggugut, sakit payudara, dan murung
Siapa yang tidak boleh mengambil GLA?
  • Tidak boleh diambil sewaktu hamil kerana boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal
  • Omega-6 tidak boleh diambil oleh pesakit sawan, GLA yang tinggi boleh menyebabkan sawan.

HUBUNGI SAYA JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE DAN KONSULTASI PERCUMA

HANIMA BTE AIDIN
 SID: 990071
 014-3761219
 (SMS, CALL, WHATSAPP, KAKAOTALK, LINE)


Monday, February 3, 2014

- ujian itu tanda ALLAH sayang-

assalamuaaikum semua..

 

ahamdulillah Allah masih beri peluang untukku dan untukmu bernafas, menikmati keindahan ciptaanNYA. Menambah amalan untuk bekalan dihari pembalasan kelak.

Ujian..manusia tidak lari dari ujian, siapa yang tidak pernah diuji kan?rasanya semua orang pernah, kalau tidak pernah bukan manuisa leteeww . Sebab ALLAH dah janji Dia akan uji manusia untuk melihat sejauhmana keimanan kita pada Dia.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2).  

Jelas sekali dalam ayat ni yang mana ALLAH akan uji kita tuk melihat adakah ujian itu akan mendekatkan diri kita kepadaNya atau sebaliknya.

Macam-macam cara Alah uji kita. Ada yang diuji dengan kesenangan, kemiskinan, kehilangan, disakiti, kegagalan dan sangat banyak lagi la.

 

Kenapa ALLAH uji ??

ALLAH uji sebab Dia rindu dengan kita. Dia sangat rindu untuk mendengar rintihan kita. Perasan tidak bagaimana kita merintih saat kita diuji?berdoa hingga mengalir air mata. Minta Dia tolong kuatkan hati kita ni. Kita sanggup bangun tahajjud sebab hati dah tidak tahan. Tapi sewaktu kita tidak diuji doa dibaca dengan laju jak kan, langsung tiada air mata, bangun tahajud apatah lagi. 

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya”
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

 

Jangan Dipersoalkan

Seringkali kita mendengar, mungkin juga diri kita sendiri akan tertanya-tanya kenapa Allah uji aku, kenapa ini yang berlaku dengan aku, kenapa aku, kenapa dan kenapa. Selalu akan wujud soalan ini dalam kepala kita saat kita diuji. Jelas sangat kita tidak redha dengan ujian yang Allah bagi, percayalah sebenarnya semua yang berlaku itu sudah tertulis untuk kita. Usah dipersoalkan kenapa Dia menguji kita sedemikian. Sudah sememangnya kita layak diuji kerana kita adalah hambanya. Allah tidak minta kita cari penyelesaian kepada masalah tersebut, Allah cuma minta kita sabar. Hadapi ia dengan senyuman, anggaplah ujian itu manis. Tidak semua orang merasainya. Jadi kita adalah hamba yang terpilih untuk ujian itu!!

Kadang kita rasa kita tidak mampu hadapi ujian itu kan, mustahil!! Allah bukan zalim ngan hamba Dia. Dia tahu kita mampu sebab tu Dia uji. 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya"  

( Al-Baqarah: 286)

 

Kembali kepada DIA 

Tenanglah duhai hati, terimalah ia dengan redha dan ikhlas. "Setiap Kesulitan pasti ada kemudahan". Kembalilah kepada Rabb yang dicintai. Jika kita diuji dengan kehilangan seseorang ia mengajar kita bahawa kita tidak boleh bergantung dengan orang lain. Sebaliknya hanya DIA tempat kita bergantung. Jika kita diuji dengan disakiti oleh orang yang kita sayang, ia sebenarnya mengajar kita untuk jadi lebih kuat. Ujian itu sebenarnya mematangkan kita untuk meniti kehidupan yang lebih mencabar dimasa akan datang.

Mengadulah pada ALLAH, Dia sebaik-baik tempat mengadu. Menangislah saat bersama DIA. Usah kau tahan air mata itu pasti hatimu lebih tenang setelah itu. Jangan lupa baca surat cintaNYA, istighfar dan amalkan zikir yang dapat menenangkan jiwa. Ketika ujian inilah sebenarnya Allah mengukur iman kita, semakin dekat atau jauh dariNYA

 

Mungkin ada yang beralasan kau tidak berada ditempat aku, senanglah cakap. Hmm percayalah jika kita redha dengan ujian yang Allah bagi pasti kita mampu hadapinya dengan senyuman. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Siapa tahu setelah itu akan muncul pelangi indah. Didiklah hati agar ikhlas menerimanya. Suatu hari nanti pasti kau tersenyum mengenang kembali ujian itu.Yakin disebalik itu ada sejuta hikmah yang tersembunyi.

 


Monday, January 20, 2014

Alfalfa-Raja segala tumbuhan




Jom jom jom berkenalan dengan alfalfa

Dulu produk shaklee pertama yang saya ambil adaah alfafa. Masa tu tanya kat mummy Shaklee saya nak produk untuk buang toksin dan dia cadangkan Alfalfa. Ahamduillah sebulan ambil secara berterusan berat badan ada penurunan, hilang masalah dalaman wanita keputihan dan senggugut dah sangat kurang berbanding dulu. Pastu sedikit demi sedikit adik-beradik mula ikut makan alfalfa. Paling best saya dah tolong kakak saya. Selama ni dia ada masaah gatal-gatal di badan, bila berpeluh ja habis merah kuit tapi lepas ambi alfafa selesai masaah dia..heheheheh yang ni bukan rekaan yeeee :)

mesti ada yang pernah terdengar kan alfalfa lagi-lagi alfalfa shaklee mesti pernah terdengar or ternampak huruf-huruf ejaan tu kan.

ALFALFA SHAKLEE

ALFALFA adalah produk Shaklee pertama yang dicipta oleh pengasas Shaklee Dr. Forrest C Shaklee pada tahun sejak tahun 1950 lagi. Afalfa juga digelar sebagai RAJA segala tumbuhan sebab khasiatnya yang telah diakui sejak dahulu kala lagi. Orang potih menggunakan alfalfa ni sebagai herba tradisional untuk pelbagai kegunaan kesihatan terutamanya untuk wanita lepas bersalin.

FAKTA TENTANG ALFALFA SHAKLEE

  • Kaya dengan minera dan vitamin.

  • Mengandungi vitamin A, D, E, dan K, klorofil dan karotena dan minera lain seperti kaium, kalsium, dan magnesium.

  • Sumber untuk vitamin penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin ( B3), Piridoksin (B6), zink, ion, dan asid pantotenik.

  • Anti bakteria, anti radang, antivirus dan antiseptik dalam perubatan.

  • Berupaya membuang toksin daam badan secara semuajadi dengan bertindak sebagai julap lembut.

KEISTIMEWAAN ALFAFA SHAKLEE

  • sumber terbaik dari daun alfalfa

  • Ditanam tanpa semburan bahan kimia

  • Boleh dihancurkan dan dicampur air untuk minuman herba semuajadi

  • Tanpa sebarang perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan

  • Membersihkan hati

  • Membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang

KEGUNAAN ALFAFA SHAKLEE

  1. Membuang toksin dalam badan

  2. Mengawa kolestro dalam darah

  3. menghapuskan kolestrol buruk LDL dari tubuh

  4. mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

  5. merawat masaah pencernaan dan penghadaman

  6. mengurangkan sakit gout dan sendi.

  7. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

  8. Merawat masalah keputihan dikaangan wanita

  9. mengurangkan simptom menopous

  10. Mencegah edema-Pengumpuan air dalam badan

  11. Sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah.

  12. Merawat athma

  13. Merawat sembelit

  14. Kurangkan masaah gastrik dan gangguan hati

  15. Bertindak sebagai kacip fatimah untuk wanita

  16. menghangatkan hubungan suami isteri

  17. Sangat sesuai untuk masalah eergi dan ekzema

* Tapi alfalfa tidak sesuai untuk pesakit SLE dan ibu mengandung 

sayang kamu kerana ALLAH,
-Hanima Alidin-

Tuesday, January 14, 2014

- tahun baru anim-



hai!!!!!! saya kembali pada tahun 2014 ini..
Ya ALLAH lama sungguh tidak update belog tersayang, tengok-tengok entry terakhir september 2013!!!..huhuhu nyesalnya saya, apakah puncanya?hmmm kaau nyesal tak berubah pun tak ke mana jugak kan..so sempena tahun baru dan azam baru saya nak kembai ke dunia belog saya ini.




okeyyy jommm stat yang best-best nak kongsi kehidupan saya sepenjang 2013. ouhhh sungguh dalam banyak-banyak tahun saya paling terasa melangkah ke tahun baru 2014 ni. Banyak, terlalu banyak kenangan sepanjang 2013. Bagi saya tahun 2013 adaah tahun untuk belajar. Di awal tahun 2013 saya mula belajar berniaga. kalau anda ada baca entry saya tentang minat saya dalam biznes, haaa awal tahun 2013 la bermula segalanya. Saya berbiznes kain, tudung, cookies dan akhirnya saya kenal dengan Mentor Shaklee saya. Bagi saya kenal Mentor Shaklee saya adaah satu anugerah yang tak ternilai. Di sinilah saya mula kenal sedikit sebanyak ilmu berniaga yang sebenarnya. Baru saya tahu kalau niat nak berniaga untuk kaya memang tak kekal lama. Tapi kita kena niat berniaga untuk bantu orang lain, tambah nilai hidup orang lain. Dalam group kami amalan rohani sangat ditekankan, alhamdulillah kat sini jugak saya kena erti syukur, jaga sedekah setiap hari, tahajud, zikir, dhuha, dan macam-macam lagi. sebelum ni bukan tak buat cuma tak konsisten dalam setahun boleh kira dengan jari ja... :(
Jadi bagi saya kena mentor Shaklee adaah anugerah terhebat, tu la saya rasa tahun 2013 adalah tahun untuk belajar.

pastuuuuu yang best jugak dalam tahun 2013 ni akhirnya saya dah konvo...heeehuuuu best sungguh. Setahun tunggu akhirnya dapat jugak mama tengok aku kat atas pentas. Hadiah untuk mama. terimbau kenangan tahun 2009 bila dapat tahu dapat tawaran sambung study kat UUM terus nangis, nangis sebab rasa tidak mahu sambung study. Haaaa UUM!!!! jauhnya, 2x kena naik flight. Masa tu rasanya memang tidak mahu gi UUM mahu cari kerja pastu try memohon pengambilan U untuk second intake. kalau tidak fikir panjang confirm saya bukan graduan UUM sekarang ni...hee..ahamduliilah akhirnya saya tamat jugak pengajian kat UUM.


 
Gambar rasmi atas pentas
with my mama :)
BFF saya, satu kepala, yang warnai hidup saya di UUM, bear tu dari orang yang sangat penting dalam hidup saya after my family tercinta :)


hookey la tu cerita konvo, next cerita saya hadir program DAO pula. Siapa ea DAO ni..?? yang minat berniaga confirm kenal. Dr Azizan Osman. Ahamduillah Allah buka kan hati dan beri rezeki untuk saya hadir seminar dao. Mula-mua sekali saya join Mini Seminar Magnet Kekayaan Dan Kejayaan. Seminar ni kena buat kat 1Borneo. Heee rasa sungguh bertuah, masa ni free ja dan ramai sangat orang yang hadir. First time datang rasa pelik jugak iyaaa laaa ada menari-menari macam tu tapi besttttt sangat. Semangat lebih berkobar-kobar.

             
Bukti kedatangan saya ke seminar DAO ;)
heee yang tu free kat sabah. pastu bulan 12 saya join pula IMKK kat stadium maawati Shah Alam. yang ni dapat rezeki dari langit kehkehkeh... Yuran ada Hamba Allah tolong bayarkan (terima kasih kamu). saya tanggung tiket fight jaaaa.. Seminar yang ni lagi terlebih best dari seminar sebelum ni. Ahamdulillah banyak ilmu bermanfaat yang saya dapat. Saya cadangkan yang belum hadir seminar DAO pergilah, kalau ada duit lebih jangan belanja umtuk yang kurang berfaedah. Lebih baik laburkan duit tu untuk dapatkan ilmu. Seriusly saya dah pasang niat untuk hadir seminar DAO yang lain. IN SHA ALLAH tolong doakan sama untuk saya murah rezeki hadir semua seminar DAO yaaa :). Nanti entry lain saya share eaaa pengalaman saya hadir seminar-seminar DAO walaupun tak banyak sangat.


tunggu turn masuk dewan :)





okeyyy laaa tu antara kenangan manis saya di tahun 2013. Tahun saya banyak belajar perkara baru. Selain tu, tahun 2013 jugak Allah murahkan rezeki saya tuk dapat kerja kerani kontrak. heeee tak kisahlah kontrak ka, tetap ka, saya tidak kisah tu rezeki Allah bagi yang pasti satu hari nanti saya pasti akan jadi WAHM (yang faham, faham la k.. yang tak faham buat2 faham ja duluu). Banyak lagi kenangan yang susah mahu lupa, ada pahit ada manis. Tapi semua yang berlaku tu buat saya jadi anim yang lebih matang, ujian yang Allah bagi tu sebenarnya mahu buatkan diriku jadi lebih kuat. tu la pasal saya anggap tahun 2013 tahun belajar dan susah nak lupa. secara rasminya saya mahu ucapkan TERIMA KASIH untuk orang-orang yang ada disamping saya di tahun 2013. Tidak kisah yang buat saya gembira atau yang buat saya sedih. Yang buat saya gembira terima kasih kerana menceriakan hari saya, yang buat saya sedih lagiii mahu terima kasih sebab kamu sudah buat saya lebih kuat..(ikhlas ok) kehkehkeh okeyyy la saya habiskan kat sini dulu perkongsian yang tak seberapa ni...jumpa entry seterusnya pula, saya nak share kenapa nama belog baru ni biiznillah.tungguuuuu tau :)

sayang kamu kerana Allah,
Hanima Alidin ;)